• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Mahu Lihat Draf RUU 355 Sebelum BN Bentang

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – PAS tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dan memberi laluan untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) membentangkan rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di sidang Parlimen kali ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata pihaknya mahu BN memberi peluang kepada parti itu untuk meneliti terlebih dahulu draf RUU 355 berkenaan sebelum dibentangkan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa BN akan membentangkan RUU 355 pada sidang Parlimen kali ini sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.

“Kita perlu lihat dulu apa dia (draf) yang ingin dibentangkan dan kita tidak mahu ia bertindih atau berlawan,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.

“Malah kita mahu satu kerjasama yang baik dalam perkara ini bagi kepentingan umat Islam dan Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan orang bukan Islam…itu pendekatan yang kita mahu,” katanya.

Dalam perkara lain, Abdul Hadi juga menolak berita yang tular di media sosial yang menyatakan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan yang partinya hanya mahu menguasai negeri tertentu selepas pilihan raya umum ke-14 dan selebihnya diberikan kepada UMNO.

“Saya tidak pernah buat kenyataan seperti itu… perkara yang akan datang kita tidak tahu sama ada 10 negeri atau tiga negeri itu keputusan pilihan raya, kita tidak boleh buat keputusan sebelum pilihan raya,” katanya.

“Cuma pada dasarnya PAS mahu mencapai (kemenangan) untuk 40 buah kerusi dan PAS akan menjadi satu penentu dalam arena politik negara… itu yang sangat penting,” katanya. – BERNAMA

Tags: RUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat...

PAS Tunggu PH Bawa RUU 355 Ke Parlimen

19/04/2019
0

KOTA BHARU - PAS akan memberi sokongan padu jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa semula Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd