• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Ketum Warga Asing Diserbu, 7 Lelaki Diberkas

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Empat warga Thai dan dua penduduk tempatan yang positif dadah serta seorang tauke ketum diberkas oleh pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Wang Kelian dan Pos Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar, semalam.

Pengarah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Azizah Ahmad berkata kesemua lelaki itu berumur di antara 20 hingga 50 tahun.

Semasa operasi ke atas sebuah rumah di Taman Wang Kelian yang dijadikan pangkalan mendapatkan bekalan ketum, 11 warga Thailand yang bekerja sebagai pemandu motor tambang berada di rumah itu dan empat daripada mereka positif syabu.

Pemilik rumah tersebut yang merupakan tauke ketum bagaimanapun negatif dadah setelah menjalani ujian air kencing, turut ditahan,” kata Azizah dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Menurutnya operasi itu yang dianggotai AADK, Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 68 bungkus air ketum dan lima kilogram daum ketum.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat di Pos AKSEM Padang Besar, kata Azizah yang menasihatkan masyarakat agar bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat bagi menangani gejala tidak sihat ini. – BERNAMA

Tags: Daun Ketum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

Lelaki Bawa Daun Ketum Ditahan Selepas Larikan Diri Sejauh 15 KM

26/03/2023
0

JELI : Tindakan seorang lelaki melarikan diri sejauh 15 kilometer (km) sambil membawa daun ketum seberat 560 kilogram (kg) gagal...

Lelaki Thai Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Ditahan

16/05/2022
0

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih kurang 780 kilogram (kg) daun ketum dan 150...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd