• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Muda Proaktif Rancang Masa Depan ATM

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengingatkan pegawai muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya proaktif dalam membantu merancang masa depan angkatan tentera, sesuai dengan perkembangan semasa.

Seri Paduka bertitah ini kerana pada alaf baharu ini, ancaman-ancaman bentuk baharu mula dirasakan ketika proses globalisasi.

“Sebagai seorang pegawai tentera yang berijazah, beta berharap saudara saudari sekalian akan lebih berkemampuan untuk menghadapi cabaran kerjaya masa depan dengan penuh yakin serta semangat jati diri yang tinggi.

“Usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu ketenteraan harus diteruskan untuk membolehkan saudara saudari sensitif dengan perkembangan teknologi pertahanan semasa,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan Angkatan Tentera Malaysia 2017 di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Sultan Muhammad V turut mengingatkan pegawai muda ATM untuk menjaga nilai peribadi dan akhlak mereka supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.

Maruah dan imej angkatan tentera boleh terjejas akibat tindakan segelintir pegawai yang tidak bermoral dan tidak amanah, titah baginda.

Baginda bertitah setelah dibekalkan dengan asas profesion ketenteraan, sewajarnya pegawai muda ATM telah bersedia meneruskan tradisi angkatan tentera yang sanggup berkorban mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

“Seperti mana yang kita ketahui, profesion ketenteraan merupakan satu kerjaya yang unik. Kerjaya ini menekankan dua elemen penting iaitu kemahiran ketenteraan dan juga kepakaran profesional dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, sains dan pengurusan yang strategik.

“Gabungan kedua-dua elemen ini akan memberi kesan kepada usaha meningkatkan keupayaan pertahanan negara. Beta yakin dengan ilmu yang ada, saudara saudari akan dapat menyumbang ke arah pembentukan angkatan tentera yang kredibel dan disegani,” titah baginda.

Pada istiadat tersebut Sultan Muhammad V menyampaikan watikah pentauliahan kepada 339 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan yang tamat latihan ketenteraan bagi tempoh empat hingga lima tahun, sepanjang pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. – BERNAMA

Tags: ATMYang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd