• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Line Clear Kini Beroperasi Semula Selepas Dibersihkan

oleh
18/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Restoran nasi kandar Pulau Pinang terkenal di negeri ini, Line Clear Jalan Penang, terus dikunjungi orang ramai tanpa henti selepas beroperasi semula sejak pagi Jumaat.

Operasi perniagaan bermula jam 9 pagi itu ternyata seperti membawa tuah dan rezeki kepada pengusaha, Sahubar Ali Mohd. Hanibah apabila pelbagai lapisan masyarakat datang menikmati dan terus mempercayai premis tersebut.

Ramai pelanggan teruja dengan pembukaan kembali restoran warisan keluarga India Muslim yang beroperasi sejak dekad 1950-an itu setelah diarahkan tutup pada petang 13 Mac lalu atas kesalahan gagal dalam aspek kebersihan.

Sahubar Ali, 59, berkata, pihaknya akur arahan penutupan dua minggu dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang selepas pemeriksaan Isnin lalu mendapati premis itu agak kotor.

Beliau bagaimanapun berkata, ia berjaya dibenarkan beroperasi semula lebih awal daripada tempoh ditetapkan dan pihaknya memberi jaminan bahawa kebersihan akan sentiasa diberikan perhatian malah menjadi keutamaan utama.

Restoran beroperasi 24 jam tersebut pernah diarah tutup seketika beberapa tahun lalu atas perintah mahkamah susulan isu pertikaian keluarga tetapi kembali dibuka selepas mencapai persetujuan pelbagai pihak yang berkaitan.

“Tidak dinafikan kami memang menanggung kerugian kira-kira RM10,000 kerana terpaksa ditutup, namun tetap berasa reda dengan segala ujian daripada Allah SWT dan yakin sokongan pengunjung akan terus diberikan.

“Jemputlah datang ke Restoran Nasi Kandar Line Clear dan rasai sendiri kenikmatan nasi kandar popular di Pulau Pinang sejak lebih 70 tahun lalu,” katanya pada sidang media di premis tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Line Clearnasi kandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: ‘Cebisan Kain Hampir Sama Pakaian Bella Pada Hari Kehilangan’ – Kakak

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

20/01/2024
0

SHAH ALAM - Seorang lelaki mencetuskan ‘sensasi’ di media sosial apabila dikatakan makan nasi kandar berharga RM218 di sebuah restoran...

‘Nasi Ganja’ Ipoh Naik Helikopter Ke KL

23/07/2021
0

IPOH - Orang ramai 'terkejut' dengan kemunculan helikopter mendarat di Padang Ipoh, pagi tadi, dipercayai untuk mengambil tempahan nasi kandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd