• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad B-22 Malaysia Diundi Dalam Kumpulan ‘Maut’

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bawah 22 (B-22) negara berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan maut bagi pusingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di China pada 2018.

Anak buah Frank Bernhardt itu diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Indonesia, Mongolia dan Thailand, yang bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kelayakan kumpulan berkenaan.

Pusingan kelayakan dijadual berlangsung dari 19 hingga 23 Julai ini, dengan juara dan enam naib juara kumpulan terbaik, akan melayakkan diri ke pusingan akhir.

Sebanyak 40 negara yang dibahagikan kepada 10 kumpulan bakal bersaing bagi merebut tempat ke pusingan akhir di China yang dijadual berlangsung pada 9 hingga 17 Feb tahun depan.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John berkata melihat kepada undian hari ini, pasukan negara bakal berdepan laluan getir apabila bakal bertemu musuh tradisi, Indonesia dan Thailand.

“Ia medan terbaik buat skuad Malaysia mengukur tahap keserasian kerana ia seperti perlawanan yang bakal Malaysia tempuhi pada Sukan SEA nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis undian berkenaan di AFC House, Bukit Jalil, hari ini.

Skuad B-22 negara ketika ini berada di Dubai bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula Isnin ini, sebagai pasukan bayangan yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada Ogos. – BERNAMA

Tags: bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serap Semangat Skuad B-23

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun...

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

13/09/2018
0

MADRID - Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd