• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat Dr. M-Nazri: Padang Rengas Diarah Mohon Permit

oleh Ahmad Albab
18/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPAR – UMNO Bahagian Padang Rengas diarah membuat permohonan polis bagi mendapatkan permit untuk majlis perdebatan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang dijadual minggu depan.

Mohamed Nazri yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata beliau mengarahkan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Rengas bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa hari ini.

Selain itu, Mohamed Nazri berkata majlis debat itu tidak ada kena mengena dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) kerana penganjurannya adalah untuk tujuan wacana.

“Program ini tidak ada kena mengena dengan Akta Perhimpunan Aman kerana kita bukan adakan demonstrasi.

“Saya yang bentang akta ini (APA 2012) saya tahu…apa yang kita nak adakan ini wacana bukan demonstrasi. Kalau demonstrasi memang di bawah Akta Perhimpunan Aman,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan di Tapak Perang Dunia Kedua “Battel of Kampar” di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Negeri Datuk Hasnan Hassan sebelum itu berkata setakat ini tiada pihak memohon permit perhimpunan untuk majlis berkenaan yang dilaporkan akan berlangsung pada pukul 3 petang di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar 25 Mac ini.

“Sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis, maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012),” katanya dalam kenyataan pagi tadi sambil menambah bahawa sekolah adalah kawasan larangan mengikut Jadual Pertama Seksyen 3 APA 2012.

Justeru, katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menghadiri majlis itu kerana berhimpun di tempat larangan dan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) APA 2012.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas meminta penyokong Barisan Nasional supaya tidak menghadiri wacana itu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Nama saya Nazri saya tidak pernah lari dan berbahas bukan perkara baharu kepada saya sejak tahun 2001 saya sudah berbahas dengan banyak pihak termasuk (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata beliau sentiasa menghormati Dr Mahathir sebagai bekas pemimpin negara, namun sebagai sebahagian daripada kerajaan, beliau perlu menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul AzizMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd