• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Dakwa Dunia Ketawa Malaysia ‘Setel’ Korea Utara?

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah memperkecilkan kemampuan negara berdaulat Malaysia untuk menyelesaikan konflik dengan rejim Korea Utara kerana mendakwa Malaysia hanya sebuah negara kecil.

Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub turut mendakwa kononnya Malaysia sedang ditertawakan oleh dunia kerana ada hati mahu menyelesaikan sendiri krisis dengan rejim komunis Korea Utara.

Beliau mendakwa Malaysia telah melepaskan peluang menyelesaikan konflik dengan rejim Korea Utara apabila menolak cadangan pembangkang supaya Malaysia mendapatkan khidmat negara asing menjadi `orang tengah’ dalam krisis tersebut.

“Apabila Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu negara ketiga untuk selesaikan isu ini, kita (pembangkang) merasakan TPM agak gopoh bunuh satu peluang yang ada di hadapan kita.

“Adakah ini satu kenyataan yang  bijak atau hanya sebagai peluang bermegah mengatakan kita ada maruah dan tidak perlu pertolongan orang lain.

“Bukan satu perkara yang mengaibkan bagi negara kecil seperti Malaysia mengunakan khidmat negara ke-3 untuk menjadi mediator kerana itu adalah sebahagian daripada adat dan resam dunia diplomatik.

“Amat malang dan memalukan apabila pihak kita mengeluarkan kenyataan yang kurang cermat ditambah dengan tindakan yang gopoh. Mengakibatkan dunia mentertawakan kita,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sebelum ini menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan negara ketiga untuk membantu menyelesaikan krisis dengan Korea Utara.

Beliau melahirkan keyakinan krisis itu boleh diselesaikan dengan baik oleh Malaysia sekiranya wujud kesepakatan antara Malaysia dan Korea Utara seperti yang sedang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PAN dalam kenyataan pada 8 Mac lalu menggesa Malaysia mendapatkan bantuan negara asing bagi menjadi pengantara diplomatik dalam krisis antara kerajaan Malaysia dengan Korea Utara.

Salahuddin mendakwa Malaysia perlu mendapatkan bantuan negara asing kerana tiada diplomat Malaysia mampu menamatkan krisis yang melanda antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Salahuddin hari ini membuat pusingan U dengan menyatakan Malaysia memiliki diplomat dan bekas diplomat yang terlatih dan cemerlang untuk menyelesaikan konflik itu.

Beliau turut membidas kerajaan kerana mendakwa Malaysia menjadikan mayat Jong nam sebagai pertukaran dengan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar dari negara itu.

“Ia memberikan persepsi yang kurang bijak. Bagaimana skill diplomasi Malaysia berhadapan isu ini apatah lagi dengan Korea Utara,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANSalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd