• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes ILI: Pelajar Diisolasi Di Rumah Semasa Cuti Sekolah

oleh Ahmad Albab
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pelajar yang belum pulih daripada gejala penyakit seperti influenza (ILI) akan dibenarkan pulang dan diisolasi di rumah masing-masing, memandangkan hari ini adalah hari terakhir sesi persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata kebanyakan pelajar dijangkiti virus itu sudah pulih dan mula pulang ke rumah masing-masing, sejak semalam.

“Mereka (pelajar) yang berada di asrama termasuk pelajar yang belum pulih dan masih diasingkan di bilik asrama akan pulang hari ini dan diisolasi di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri akan meneruskan pemantauan di semua sekolah serta memberi pendidikan kesihatan kepada warga sekolah tentang langkah pencegahan ILI dan influenza.

Katanya, sebelum pulang bercuti, pihak sekolah diminta mengingatkan pelajar untuk mendapatkan rawatan awal di klinik berdekatan jika ada tanda dan gejala ILI.

Setakat semalam, gejala itu membabitkan pelajar di Sekolah Menengah (SM) Raja Perempuan Taayah (230 orang); SM Abdul Rahman Talib di Teluk Intan (87); Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya (3); Sekolah Tuanku Abdul Rahman (115).

Bilangan pelajar di Sekolah Izzudin Shah (25); Kolej Vokasional Slim River (13); Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Azlan Shah di Bota (13); SMA Darul Ridzuan di Tapah (26) dan Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan (8).

Daripada jumlah itu, 253 pelajar diasingkan di bilik asrama sekolah masing-masing, manakala tiga lagi pelajar yang ditahan di wad hospital, dibenarkan pulang. – BERNAMA

Tags: ILI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Tanda Mutasi Pada Virus Influenza – KKM

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat sedikit peningkatan kes influenza like illness (ILI) dan kadar kemasukan ke...

512 Pelajar Dijangkiti ILI Di Perak

14/03/2017
0

IPOH - Jumlah pelajar yang dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI) di Perak meningkat kepada 512 orang berbanding 465 semalam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd