• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Disamun Lelaki Menyamar Pegawai

oleh AK-47
18/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Sepasang warga emas disamun wang tunai dan barangan kemas di rumah mereka di Jalan Tali Air, Sungai Udang di sini oleh seorang lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), menurut polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, wanita berusia 74 tahun itu dan suasminya telah didatangi seorang lelaki berpakaian kemas dan memakai kopiah mendakwa daripada JKM.

“Lelaki itu mendakwa dia ke rumah mangsa untuk mengambil gambar keadaan rumah bagi membolehkan JKM menyalurkan bantuan dan dalam masa sama suspek menyuruh wanita itu menanggalkan rantai serta gelang emas dipakainya.

“Dia memberitahu tiga lagi rakannya dalam perjalanan untuk ke rumah mangsa dan suspek turut memberikan RM10 kepada suami mangsa kononnya untuk sedekah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki terbabit menyuruh mangsa menyediakan minuman untuk dia dan rakannya yang akan tiba dan dalam masa sama suspek mengambil gambar bahagian dapur rumah sebelum kembali ke ruang tamu.

Shafee berkata wanita itu melihat lelaki terbabit tergesa-gesa meninggalkan rumah semasa hendak menghidangkan air dan cuba memanggil lelaki terbabit tetapi suspek terus menunggang motosikal melarikan diri.

“Mangsa kemudian memeriksa dalam almari ruang simpanan barang kemasnya dan mendapati rantai serta gelang emas dan wang tunai RM800 yang disimpan dalam beg kecil telah hilang dipercayai dilarikan suspek,” katanya dan menurutnya nilai barangan kemas itu kira-kira RM5,000 .

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang menggunakan modus operandi sama di daerah itu.

Usaha mengesan lelaki berusia lingkungan 20-an itu giat dijalankan dan polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berhubung kejadian seperti itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: Disamun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Rugi RM400,000, Tiga Jam Rolex Disamun

09/06/2022
0

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga dalam talian yang mahu menjual jam tangan mewah berjenama Rolex terpaksa berputih mata apabila dia disamun...

Kedai Emas Kerugian RM200,000 Disamun Hanya 2 Minit

15/12/2018
0

SUNGAI PETANI - Sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim dekat sini, mengalami kerugian kira-kira RM200,000 hanya dalam tempoh dua minit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd