• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 NGO Tarik Balik Rayuan Berhubung Pemeteraian TPPA

oleh AK-47
16/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menarik balik permohonan bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung pemeteraian Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) oleh kerajaan.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif kemudian membatalkan permohonan bagi kebenaran untuk rayuan.

Terdahulu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili ketiga-tiga NGO tersebut memberitahu mahkamah bahawa permohonan itu menjadi prematur selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada TPPA pada 23 Januari lalu.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengesahkan di Parlimen dua hari lepas bahawa Malaysia kurang berminat untuk meneruskan TPPA berikutan penarikan diri AS daripada perjanjian itu,” katanya.

Dua orang lagi hakim menganggotai panel itu ialah Tan Sri Ahmad Maarof dan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Hari ini, mahkamah dijadual mendengar permohonan bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan.

Pada 26 Julai, tahun lepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan tiga NGO terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Januari, 2016, yang menolak permohonan bagi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman dalam usaha menghalang kerajaan daripada menandatangani TPPA.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa TPPA tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dan ia adalah undang-undang “trite” yang tidak semua dasar kerajaan tertakluk kepada semakan kehakiman, melainkan jika ia tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, ketiga-tiga NGO tersebut mengemukakan permohonan untuk kebenaran memfailkan rayuan di Mahkamah
Persekutuan.

Ketiga-tiga NGO itu mengemukakan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta kerajaan Malaysia sebagai responden.

Ketiga-tiga NGO berkenaan memohon pengisytiharan bahawa pemeteraian TPPA adalah menyalahi perlembagaan dan boleh menggugat kedaulatan negara.

Kerajaan Malaysia menandatangani TPPA pada 4 Februari 2016.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang terlibat dalam rundingan TPPA ialah AS, Australia, Brunei, Chile, Jepun, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: TPPA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd