• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Menghantar Surat Akhbar Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang pemandu lori menghantar surat khabar maut pada hari pertamanya bekerja selepas lori yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Jalan Pintasan Temerloh-Mentakab berhampiran persimpangan Sri Tualang di sini, kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Mohamad Asri Yaakob, 45, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan meninggal dunia di tempat kejadian selepas lori satu tan terbabit melanggar bahagian kanan sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata ketika kejadian mangsa baru sahaja menghantar sebuah akhbar berbahasa Melayu ke Kuantan.

“Siasatan awal mendapati mendapati lori yang dipandu mangsa dari Kuantan ke Kuala Lumpur manakala treler tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Triang,” katanya.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian, lori berkenaan telah memasuki laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan treler sehingga menyebabkan lori mangsa terbabas dan terbalik.

Menurutnya kelindan lori itu, Rozlan Basri, 42, mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah di sini untuk rawatan lanjut manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd