• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,243 Rumah PR1MA Terjual Setakat Januari 2017

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,243 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) telah terjual setakat Januari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan berkata penjualan rumah PR1MA dijangka meningkat apabila lebih banyak projek dibuka dan dilancarkan kelak.

“Bagi meningkatkan jualan unit, PR1MA sedang mengadakan siri program Hari Terbuka di seluruh negara yang berkonsepkan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat bagi urusan pembelian kediaman PR1MA,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mengenai jumlah unit kediaman PR1MA yang telah terjual dan inovasi baharu yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan kualiti dan harga.

Shahidan berkata PR1MA menerapkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembangunannya, iaitu satu ekosistem lengkap yang mengambil kira tempoh pembinaan singkat, penggunaan kos optimum dan kualiti kediaman yang terjamin.

“Sebagai perbandingan, PR1MA mampu menyediakan dua unit kediaman contoh dalam tempoh 60 hari dengan sistem ini berbanding sistem konvensional yang memakan masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan.

“Pada masa ini, sebanyak 18,919 unit kediaman PR1MA sedang dibangunkan menggunakan sistem IBS dan dijangka projek-projek yang akan datang menggunakan kaedah inovatif ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan KassimPR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Negeri Sembilan akan menerima Menteri Besar baharu....

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd