• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Sosilawati: 3 Kekal Hukum Mati, Seorang Bebas

oleh
18/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N. Pathmanabhan, T. Thilaiyalagan dan R. Kathavarayan.

Manakala R. Matan bagaimaapun terselamat apabila dibebaskan daripada pertuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa yang lagi.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan ketiga-tiga tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka.

“Mahkamah mendapati bukti terhadap ketiga-tiga tertuduh melakukan pembunuhan itu adalah lebih daripada mencukupi.

“Apabila semua mangsa berada di ladang milik Pathmanabhan itu, ketiga-tiga tertuduh mempunyai segala peluang untuk melakukan pembunuhan,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah dalam keputusannya membebaskan Matan selepas mendapati tiada bukti mencukupi untuk mensabitkan tertuduh ketiga itu.

Bunuh Sosilawati: 3 Kekal Hukum Mati, Seorang Bebas

Turut bersidang, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Keempat-empat tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan,  Thilaiyalagan dan Kathavarayan selepas ini boleh mengemukakan petisyen pengampunan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sosilawati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Bunuh Sosilawati 16 Mac

11/03/2017
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Mac untuk keputusan rayuan akhir oleh empat lelaki yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman...

Kes Bunuh Sosilawati: Bukti DNA Berwibawa Tidak Ada

31/10/2016
0

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan tidak mempunyai kes terhadap empat lelaki yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd