• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarjan Polis Didakwa Peroleh Suapan RM1,000

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan wang tunai RM1,000 daripada seorang suri rumah, dua tahun lepas.

Sarjan Tarmizi Ishak, 51, didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,000 daripada Siti Baizura Rosli, 22, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Usman Tanreng yang ditangkap kerana disyaki positif dadah.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Balai Polis Bukit Puchong, Selangor dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Darussalam, Presint 15, Putrajaya, pada 6.45 petang, 18 Jan 2015.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nor Diana Nor Azwa menawarkan ikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin serta memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama kes rasuah lain yang akan dihadapi tertuduh.

Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Shah Alam selepas selesai prosiding di mahkamah di sini.

Tarmizi yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan jumlah jaminan itu antara RM3,000 hingga RM5,000 kerana dia tidak mampu selain menanggung enam orang anak manakala isterinya tidak bekerja.

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam. – BERNAMA

Tags: rasuahSarjan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd