• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Joe Terus Kunci Mulut Punca Keluar Wings

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas gitaris kumpulan Wings iaitu Joe mengambil pendekatan untuk terus mengunci mulut punca dia mengambil keputusan keluar daripada kumpulan rock legenda itu.

Joe berkata, apa yang terjadi antara dia dengan ahli kumpulan itu biarlah hanya mereka sahaja yang mengetahui.

“Sama ada saya undur diri atau dibuang dari kumpulan Wings, biarlah antara kami sahaja yang tahu.

“Saya sentiasa sokong Wings dari jauh malah mendoakan mereka sukses, tiada istilah perpecahan dalam persahabatan,” katanya kepada mStar Online.

Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Khadir ditemui pada sidang media ‘Live Showcase: Prime Domestic-Sunday Nite Live’ yang diadakan di House Restaurant, G Tower, di sini, pada Rabu.

Joe (tengah) bersama kumpulan Prime Domestic.

Joe Wings mula aktif dalam arena seni sejak tahun 1986.

Turut diperkenalkan, barisan anggota kumpulan Prime Domestic yang dianggotai Joe sendiri iaitu bekas gitaris Search iaitu Hillary Ang, Gee (bes), Aweera (vokalis) dan Ainoll (pemain dram).

Prime Domestic ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Joe yang pada asalnya hanyalah sebuah ‘projek band’ berkongsepkan ‘superground’.

Joe berkata, hasil perbincangan dengan Hillary, mereka merasakan perlu serius untuk menjadikan kumpulan ini seperti pemuzik arus perdana lain dalam usaha melepaskan ‘rasa’ dan idea baru yang tidak dapat mereka lakukan ketika bersama kumpulan masing-masing.

Dalam pada itu mengenai persembahan pada 2 April depan, ia akan diadakan di House Restaurant, G Tower, di sini berkonsepkan ‘Sunday Nite Live’.

Tiket-tiket berharga RM50 boleh didapati terus di lokasi persembahan. – mStar Online

Tags: Joe Wingswings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awie Nafi Cuba Kukuh Kedudukan Sebagai Ayahanda

15/01/2018
0

KARUT... Vokalis Wings, Awie menolak dakwaan konon menggunakan jawatan Presiden Wings Motor Gang Society (WMGS) sebagai landasan untuk kukuh kedudukannya...

Fokus Kumpulan Baru, Joe Enggan Balik Kepada Wings

10/08/2017
0

GITARIS Joe masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada dia memang sudah meninggalkan kumpulan Wings dan menganggap spekulasi yang dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd