• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hawaii Sekat Arahan Eksekutif Trump

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi menerima tamparan hebat apabila arahan eksekutif baharu melibatkan larangan kemasukan rakyat Islam dari beberapa buah negara ke negara itu, dibekukan hanya beberapa jam sebelum larangan itu dikuatkuasakan.

Menurut laporan portal Al Jazeera, seorang hakim sebuah mahkamah persekutuan di Hawaii mengeluarkan perintah untuk menangguhkan larangan tersebut yang disemak semula oleh Trump selepas arahan eksekutif pertamanya pada bulan lalu turut menerima nasib sama.

Peguam Besar Hawaii, Douglas Chin menyifatkan larangan baharu Trump itu menjejaskan masyarakat Islam di negeri tersebut, sektor pelancongan dan kemasukan pelajar asing.

Plaintif yang mengemukakan bantahan terhadap arahan Trump itu, Ismail Elshikh berkata, larangan tersebut juga akan menghalang ibu mentuanya dari Syria untuk datang melawat ke Hawaii.

Berdasarkan arahan terbaharu Trump, sebanyak enam negara dikenakan larangan untuk masuk ke AS selain membekukan program pengambilan pelarian dari negara terlibat.

Susulan perintah mahkamah itu, Trump dengan berang menyifatkan keputusan hakim di Hawaii sebagai situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Malah beliau berazam untuk membawa kes itu sejauh mungkin termasuk ke Mahkamah Agung bagi memastikan arahan tersebut dilaksanakan.

Bulan lalu, hakim mahkamah persekutuan di Washington, James Robart mengeluarkan arahan menghentikan larangan yang dikuatkuatkan oleh Trump yang mengekang kemasukan penduduk dari tujuh negara Islam.

Ekoran perintah itu, Trump mengkaji semula larangan itu dan menetapkan hanya enam buah negara sahaja dikenakan sekatan sementara.

Hawaii menjadi negeri pertama AS membantah larangan baharu Trump itu sebelum disusuli oleh beberapa negeri lain. – mStar Online

Tags: Hawaii
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Puteri Terakhir Hawaii Meninggal Dunia

Puteri Terakhir Hawaii Meninggal Dunia

14/12/2022
0

HONOLULU, HAWAII – Puteri terakhir Hawaii dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun, lapor laman berita Thaiger semalam. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Hawaii Naikkan Had Usia Beli Rokok Kepada 100 Tahun

10/02/2019
0

HAWAII sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok kepada 100 tahun. Undang-undang yang dicadangkan itu akan berkuatkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd