• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan Razak, Mira Filzah Kini Semakin Intim?

oleh AK-47
15/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERDAHULU pernah timbul desas desus mengatakan pelakon yang sedang meningkat naik, Mira Filzah bercinta dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak.

Namun kedua-dua selebriti ini menafikan sedang mengenali hati budi masing-masing waima menegaskan mereka tidak lebih daripada teman biasa sahaja.

“Sebagai kawan pun kami sebenarnya bukanlah terlalu rapat apatah lagi melibatkan hati dan perasaan,” kata Zizan kepada mStar Online.

Manakala Mira pula menerusi laman yang sama pernah memberitahu, “Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana.”

Hubungan kedua-dua selebriti ini bertambah ‘mesra’ selepas mereka digandingkan sebagai pengacara bersama ketika Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu.

Dan terbaharu, pasangan ini dilihat hadir bersama-sama semasa pelancaran pembukaan pengimport dan penjual kereta mewah, terpakai Moga Motors yang terletak di Jalan Ampang di ibu negara.

Zizan Razak, Mira Filzah Kini Semakin Intim?

Zizan Razak, Mira Filzah Kini Semakin Intim?

Tak cukup dengan itu, menerusi penelitian di laman Instagram (IG) milik Mira Filzah, dia turut berkongsi fotonya bersama Zizan dan beberapa rakan lain.

Mereka dikatakan baru sahaja selesai penggambaran telemovie terbaharu untuk slot stesen Astro Citra iaitu Jula Juli Bintang Cinta. Di sini memang cukup elas terpancar kemesraan antara mereka berdua.

Manakala perkongsian daripada laman IG zr.mf_eternal pula memaparkan Zizan dan Mira kebetulan mengayakan baju sama warna dan pose dalam gaya yang sama.

Zizan Razak, Mira Filzah Kini Semakin Intim?

Hurmm… korang rasa mereka ni macam mana?

Apa-apa pun, mula-mula memanglah kawan biasa tetapi dimasa hadapan siapa yang tahu? Kadang-kadang benda yang kita nafikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: artis bercintaMira FilzahZizan Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mira Filzah Hamil Cahaya Mata Sulung

21/01/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara, Mira Filzah sedang hamil cahaya mata sulung. Khabar gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan...

Mira Filzah Kini Isteri Orang

04/09/2020
0

DENGAN sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd