• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ditimpa Televisyen

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang kanak-kanak perempuan maut akibat dihempap sebuah televisyen berukuran 29 inci di kuarters Kilang PT Palm Oil Mill, Batu 7, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata sebelum kejadian berlaku pada pukul 11.15 malam, mangsa Siti Norain Maisarah Romli, 2, sedang tidur bersama-sama ibunya di ruang tamu kuarters berkenaan.

“Ayah mangsa yang berada di dalam bilik tidur utama tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat di ruang tamu, kemudian bergegas keluar dan mendapati televisyen itu jatuh menghempap mangsa yang berada bersebelahan isterinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu kemudian membawa anak mereka ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan namun apabila tiba di bahagian kecemasan, mangsa didapati tidak sedarkan diri.

Pihak hospital kemudian mengesahkan mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu telah meninggal dunia, katanya.

Mohd Shuhaily berkata televisyen itu berukuran 29 inci dengan berat dianggarkan 33 kilogram.

“Siasatan mendapati kabinet televisyen tersebut telah reput di bahagian bawah dan ia hanya dilapik dengan kayu manakala lantai ruang tamu juga tidak rata,” katanya.

Beliau berkata hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Pemeriksaan ke atas badan kanak-kanak itu juga tidak menemui apa-apa kesan penderaan atau unsur jenayah serta perbuatan khianat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd