• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘MyBro Football Craze’ Di Paroi Pada 8 & 9 April

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima disiplin bola sepak dalam satu kejohanan dikenali sebagai ‘MyBro Football Craze@Paroi’ akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini pada 8 dan 9 April ini.

Kelima-lima disiplin itu ialah bola sepak tujuh sebelah, futsal, bola sepak jalanan, ‘3 On 3’ dan bola sepak kemahiran.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,000 itu dianjurkan oleh Persatuan Penyiar Muda Malaysia atau dikenali sebagai Malaysia Young Broadcaster Society (MyBro).

Setiausaha MyBro, Abdul Mutalib Abd Gapar berkata kejohanan itu adalah sebahagian usaha MyBro dalam menyemarakkan lagi bola sepak di negara ini serta menjadi platform aktiviti sihat untuk belia dan remaja khususnya di Negeri Sembilan.

“Idea ini tercetus kerana kami ingin mencipta kelainan dalam penganjuran kejohanan bola sepak di negara ini,” katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.

Abdul Mutalib berkata pada kejohanan itu setiap pasukan perlu mendaftarkan seramai 15 pemain dan kesemua pasukan perlu beraksi dalam empat disiplin terlebih dahulu kecuali bola sepak tujuh sebelah.

Katanya, setiap pemain boleh beraksi lebih daripada satu disiplin dan ia terpulang kepada taktikal yang ditetapkan setiap pasukan.

“Sebanyak 32 pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada lapan kumpulan dan hanya dua pasukan setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya iaitu pertandingan bola sepak tujuh sebelah,” katanya.

Katanya, tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Mac.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Abdul Mutalib di talian 019-3181787 atau pengurus pemasaran acara, Megat Rafizie (018-2061939) atau Presiden MyBro, Ahmad Faisal Mohamed Fiah (012-2152546). – BERNAMA

Tags: bola sepakNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd