• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Nelayan Maut Kereta Rempuh Lori Kren TNB

oleh Ahmad Albab
15/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Tiga maut, manakala dua lagi masing-masing parah dan cedera ringan apabila kereta yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori kren Tenaga Nasional Berhad di Kilometer 42, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Batu 14, Lekir malam tadi.

Semua mangsa Chuah Yeong Boon, 39, Chuah Soon Kok, 62 dan Tan Siew Hock, 57, mati di tempat kejadian, manakala Lai Kim Hooi, 62, cedera parah serta Ang Kok Keong, 48, mengalami sakit dada.

Kesemuanya beralamat di Pantai Remis dan bekerja sebagai nelayan.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, kesemua mangsa menaiki kereta jenis Toyota Altis dalam perjalanan dari Teluk Intan menghala ke Sitiawan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori kren TNB dari arah bertentangan dipercayai hendak membelok ke simpang sebelah kanan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, kereta yang dipandu Chuah Yeong Boon tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kiri lori kren tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Zailan berkata akibat kemalangan itu, ketiga-tiga mangsa masing-masing duduk di bahagian pemandu, penumpang hadapan dan belakang, maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

“Mangsa yang cedera parah dan sakit dada sedang mendapatkan rawatan di hospital yang sama,” katanya.

Beliau berkata pemandu lori kren, Roslan Abd Aziz, 49, dan penumpang hadapan lori kren berkenaan, Heriadi Alimudin, 30, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mohd Zailan berkata berhubung kes tersebut, pemandu lori kren tersebut ditahan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Ashaari Mat Radzi berkata lapan anggota dan pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut.

“Sebaik tiba, dua daripada lima mangsa yang menaiki kereta Toyota Corolla Altis telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan dihantar ke hospital,” katanya sambil menambah operasi tamat sepenuhnya kira-kira 12.25 tengah malam. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd