• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri Umno Aktifkan Tabung Bantu Mangsa Jenayah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Pergerakan Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi membantu anggotanya yang menjadi mangsa jenayah.

Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata pengisian tabung itu akan dibuat menerusi kutipan derma anggota Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian dan akar umbi.

“Dana itu penting untuk membantu anggota terutama yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa samun di Seri Aman 3, di sini hari ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, mangsa Nur Shafiqa Lah, 22, mengalami kecederaan di muka akibat ditoreh dan ditumbuk oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya selain turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.

Mas Ermieyati berkata bantuan kepada Nur Shafiqa itu merupakan sumbangan Umno pusat untuk memulihkan kecederaan yang dialami mangsa.

“Saya dapati Nur Shafiqa masih trauma dengan kejadian itu,” kata Mas Ermieyati.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek dan yakin dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat.

Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi Wan Nor Azie Wan Hassan, 21, balu kepada anggota polis Allahyarham Mohd Shakuan Mohd Tajuddin, di Kampung Kuchelong, Bachok.

Mohd Shakuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah van dekat pekan Jelawat, Sabtu lepas. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

JDT Teruskan Rentak Cemerlang, Raih Kemenangan Besar Dua Hari Berturut-turut

09/10/2026
0

ISKANDAR PUTERI - Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat dua kemenangan bergaya dalam tempoh dua hari berturut-turut...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd