• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Segan Lapor Anak Mangsa Seksual – Rosmah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa tidak harus berasa segan untuk membuat laporan sekiranya anak mereka menjadi mangsa jenayah seksual, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata stigma bahawa jenayah seksual adalah tabu perlu dihapuskan supaya kanak-kanak tidak takut untuk memberitahu hal pencabulan ke atas diri mereka.

“Pada masa sama anak-anak perlu diperkasakan supaya mereka bertanggungjawab atas diri sendiri dan saling melindungi rakan sebaya.

“Selain itu mereka perlu diberitahu tentang sifat umum jenayah ini seperti dilakukan oleh orang yang dikenali dan dipercayai,” katanya ketika menutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!! anjuran Permata di sini, hari ini.

Rosmah yang juga penaung Permata berkata kebanyakan kes jenayah seksual yang berlaku dari 2014 hingga 2016 melibatkan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah termasuk kes rogol, sumbang mahram dan seks luar tabii.

“Paling mengejutkan ialah dalam 89 peratus kes, pelaku dikenali oleh mangsa dan dipercayai seperti ahli dan kenalan keluarga, kawan, jiran, orang dewasa di sekolah dan asrama,” katanya.

Justeru beliau menggesa agar seminar seumpama itu diperluaskan ke peringkat akar umbi di semua negeri dengan penglibatan isteri-isteri menteri besar dan wakil rakyat untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Rosmah berkata pada seminar dua hari itu, peserta seminar juga berpandangan satu talian bantuan khusus perlu diwujudkan bagi membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa selain untuk ibu bapa, penjaga dan masyarakat umum yang khuatir tentang tingkah laku seksual kanak-kanak.

Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! yang dianjur dengan kerjasama beberapa kementerian yang berkaitan dihadiri hampir 2,000 peserta termasuk isteri pemimpin politik, ahli akademik, pengusaha taman asuhan kanak-kanak dan penuntut universiti.

Dalam ucapan perasmian seminar semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu undang-undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan-jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

Najib turut berharap Rang Undang-undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 mendapat sokongan semua anggota parlimen kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk menangani jenayah itu. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah MansorJenayah Seksualkanak-kanak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd