• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Forex BNM: Siasatan Ambil Masa 3 Bulan

oleh
14/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA bulan jangka masa ditetapkan Pasukan Petugas Khas berhubung siasatan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an untuk melaporkan hasil penemuannya kepada Kabinet.

Demikian tegas pengerusinya, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, sambil menambah bahawa tempoh panjang berkenaan termasuk perakuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja jika dirasakan sebagai perlu.

Pasukan yang dianggotai enam ahli lain akan menjalankan tugas dengan terma rujukan menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Ini termasuk sejauh mana tindakan menyembunyikan maklumat kerugian dan mengkaji jika ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenainya kepada Mesyuarat Parlimen.

Mereka turut mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan. Antara anggota pasukan itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki.

Anggota lainnya ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Juga Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan), Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon.

Turut serta ialah Rakan Kongsi Guaman, Jahaberdeen & Co, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, selain Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail sebagai Setiausaha dan Ketua Sekretariat Pasukan.

“Dalam usaha mencapai matlamat ini, Pasukan Petugas Khas akan meneliti semua aspek kes, antara lain peranan dan fungsi BNM dan/atau mana-mana badan korporat atau individu dalam urus niaga spekulasi mata wang asing.

“Ini termasuk berkaitan kelulusan dan pengurusan aktiviti. Selain itu, pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan berkaitan dengan peranan serta fungsi BNM dalam urus niaga mata wang.

“Juga sama ada terdapat apa-apa tindakan untuk menutup skala kerugian sebenar dan individu yang terbabit,” kata Mohd. Sidek yang juga bekas Ketua Setiausaha Negera dalam satu kenyataan, di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga amat menggalakkan sesiapa yang ada apa-apa maklumat untuk berkongsi dengan menghubungi mereka di Kementerian Kewangan, emel [email protected] dan telefon 03-8000 8000.

Skandal Forex BNM: Siasatan Ambil Masa 3 Bulan

Skandal Forex BNM: Siasatan Ambil Masa 3 Bulan

Skandal Forex BNM: Siasatan Ambil Masa 3 Bulan

Tags: Bank Negara MalaysiaBNMforex
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd