• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Ibu Bapa Gagal Lapor Jenayah Seksual Anak

oleh
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ibu bapa atau penjaga yang mengetahui akan kejadian jenayah seksual melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka namun gagal melaporkan kepada pihak berkaitan perlu dihukum.

Ketika berkongsi cadangan itu dengan Bernama hari ini, Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata langkah tersebut penting untuk memastikan impak menyeluruh apabila undang-undang kesalahan seksual kanak-kanak dikuatkuasakan kelak.

Semalam, semasa merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!!! Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu undang–undang baharu dan khusus bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanak-kanak secara holistik dan komprehensif yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

Dikenali Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017, undang-undang itu antara lain merangkumi kesalahan ‘child sexual grooming’ (persediaan seksual kanak-kanak) dan pornografi kanak-kanak.

Susulan pengumuman itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa anggota parlimen memberi sokongan sepenuhnya agar RUU tersebut diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Mengulas lanjut, Mastura berkata ibu bapa atau penjaga tidak harus takut atau malu untuk melaporkan jenayah itu kerana tindakan awal mereka akan menyelamatkan anak-anak terbabit daripada mengalami gangguan psikologi yang serius.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata undang-undang baharu yang turut memperuntukkan mahkamah jenayah khas membuktikan keprihatinan kerajaan akan masa depan generasi muda negara.

Katanya inisiatif itu perlu bagi melindungi generasi akan datang yang bakal menerajui negara ini.

“…diharapkan usul ini mendapat sokongan daripada semua pihak tanpa mengira aspek politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 5,779 kes penderaan seksual kanak-kanak direkodkan sejak 2010 hingga 2015 dengan purata les sebanyak 963 kes setahun.

Statistik Polis Diraja Malaysia pula merekodkan 2,759 kes rogol, 412 kes sumbang mahram, 1,423 kes mencabul kehormatan dan 422 kes luar tabii melibatkan mangsa bawah 18 tahun yang dilaporkan bagi tempoh 2015 dan 2016. – BERNAMA

Tags: Jenayah Seksualkanak-kanak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd