• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kolam Ikan Bangkai Babi Di Kampar Diarah Tutup

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Kolam ternakan ikan di sebuah lombong di Kuala Dipang, Kampar yang pengusahanya dipercayai menggunakan bangkai babi sebagai makanan ikan, kini diarah tutup.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata beliau akan segera meminta pegawai perikanan menyiasat perkara itu dan jika dakwaan itu benar, tindakan menutup kawasan ternakan ikan itu akan dilakukan manakala pengusahanya akan dikenakan tindakan.

“Kita tidak tahu, mungkin mereka (pengusaha tidak bertanggungjawab) akan menjual produk (ikan) itu kepada orang Islam. Kita tak tahu (dari mana datangnya ikan itu), lepas itu kita makan. Naya la begini,” katanya.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pasir Salak peringkat Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah di sini hari ini.

Perbuatan jijik pengusaha kolam penternakan ikan air tawar di kawasan seluas lima hektar di Kampar itu dikesan dalam operasi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dan Jabatan Perikanan Perak serta beberapa agensi lain pada 8 Mac.

Malah beberapa tulang dan kesan daging haiwan berkenaan turut ditemukan di kawasan kolam.

Kolam ternakan yang juga bekas lombong bijih timah itu didapati tidak pernah didaftarkan di bawah Jabatan Perikanan dan dipercayai beroperasi secara haram sejak lebih lima tahun lalu, menternak pelbagai jenis ikan termasuk patin, rohu dan tilapia. – BERNAMA

Tags: babibangkai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

Firdaus Wong Sindir Guan Eng Program Jualan Babi Di Butterworth

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung secara sinis menyarankan Penasihat DAP, Lim Guan Eng mewujudkan...

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

“Kalau Titah Sultan Pun Diperlekehkan Kerana Babi, Apa Lagi Yang Lain?” – Akmal Saleh

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd