• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seniman Datuk Mustapha Maarof Kini Dalam Keadaan Kritikal

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Salah seorang hero terkenal 1960-an, Datuk Mustapha Maarof, 79, kini dilaporkan kritikal dan sedang berada dalam rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Menurut salah seorang teman baik beliau, Pansha Nalliah yang juga seorang produser, pelakon veteren tersebut kini terpaksa bergantung kepada mesin pernafasan.

“Saya ada melawat beliau sebentar tadi dan keadaannya amat-amat kritikal. Beliau hanya bergantung kepada alat bantuan sahaja ketika ini. Kita doakan kesejahteraan beliau,” ujar Pansha kepada portal MStar.

Pada 25 November lalu, seniman itu dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat komplikasi paru-paru.

Mustapha kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan pada Selalu lepas untuk menerima rawatan lanjut.

hqdefault

Mengimbas kembali zaman kegemilangannya, beliau mula menapak dalam industri perfileman Melayu pada 1950-an. Antara barisan filemnya yang masih diingati sehingga kini adalah Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Kali terakhir beliau terlibat dengan filem adalah pada 2009 menerusi karya Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Sama-sama kita doakan semoga Datuk Mustapha Maarof kembali sihat, Insya Allah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hospitalpelakon veteransakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd