• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kim Jong-nam Diawet Elak Reput – TPM

oleh
14/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un yang kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah diawet bagi mengelak ia menjadi reput.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

“Ya. Usaha pengawetan telah dilakukan kerana jika mayat itu disimpan di bilik mayat yang biasa, maka dikhuatiri berlaku reput dan dalam keadaan itu maka tindakan untuk memgawet mayat itu telah dilakukan,” katanya.

Menurut beliau, proses pengawetan dilakukan di lokasi lain namun mayat itu kemudiannya dibawa kembali dan ditempatkan di Insitut Perubatan Forensik Negara HKL.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu proses rundingan dengan Pyongyang, beliau meminta pihak media agar memberi ruang kepada Kementerian Luar untuk melakukan tugas mereka.

Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan kes pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warganegara asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX sebelum beliau sempat menaiki pesawat ke Macau.

Beliau yang memasuki Malaysia menggunakan pasport tertera nama Kim Chol meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Ketegangan Kuala Lumpur-Pyongyang timbul setelah duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas serta menghina Malaysia berhubung pengendalian kes pembunuhan itu.

Pada 7 Mac lepas, Pyongyang melarang rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara dan Malaysia mengambil tindakan sama ke atas rakyat Korea Utara di negara ini. – BERNAMA

Tags: HKLKim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan Di HKL

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan Di HKL

22/03/2023
0

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara memberikan kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd