• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Air Bukan Cerita Rekaan – Sultan Nazrin Shah

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa krisis bekalan air bukan merupakan fiksyen atau cerita rekaan, sebaliknya ia adalah fenomena yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baginda bertitah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan untuk mendapatkan sumber air boleh menjadi punca yang memungkinkan manusia berperang pada masa akan datang.

“Rakyat wajib sedar bahawa bekalan air yang tidak mencukupi bakal mencetuskan krisis kerana air adalah keperluan paling asas kehidupan dan satu perlima daripada penduduk dunia dilaporkan tidak mendapat akses kepada air yang boleh diminum.

“Kebelakangan ini beberapa kawasan di negara kita turut mengalami krisis kekurangan bekalan hingga catuan air terpaksa dilakukan,” titah baginda ketika merasmikan Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Senawar di sini hari ini.

Sultan Nazrin bertitah dalam usaha meminimumkan bencana daripada risiko yang sedang dihadapi, tindakan secara proaktif, strategik dan terancang perlu dilakukan termasuk memelihara dan memulihara sumber-sumber air serta kawasan tadahan air dengan memastikan alam sekitar yang mapan.

Baginda bertitah usaha lain yang perlu dilaksanakan adalah mengurus sumber air secara bersepadu, menaik taraf sistem air sedia ada dengan merintis teknologi baru serta mempelbagaikan sumber air dengan meneroka sumber alternatif termasuk potensi air bawah tanah air selain penuaian air hujan.

Program pendidikan juga perlu dipergiat agar pengguna sedar dan turut mengambil tanggungjawab memelihara sumber air dan tidak melakukan pembaziran, titah Sultan Nazrin.

Baginda menarik perhatian dengan berkata memelihara dan memulihara sumber air serta budaya menggunakan air secara berhemah dan optimum merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

“Rakyat yang selama ini dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran tropika beranggapan air adalah bahan yang mudah diperoleh wajib disedarkan akan tanggungjawab menghargai air, tidak melakukan pencemaran terhadap sumber-sumber air dan dididik tidak membazir,” titah baginda.

Baginda bertitah program pendidikan tentang nilai dan kepentingan air, serta tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memulihara sumber air perlu disemaikan dalam keluarga, sekolah, tempat bekerja, badan-badan bukan kerajaan serta pertubuhan sukarela dan di rumah-rumah ibadat.

Mengenai LRA berkenaan, Sultan Nazrin bertitah ia merupakan langkah bertanggungjawab dalam memenuhi peranan yang amat penting untuk memenuhi keperluan asasi rakyat dan ia perlu dihargai.

“Semoga kualiti hidup rakyat akan terus meningkat dan rakyat pula menunjukkan sifat syukur dengan menghargai persekitaran dan memulihara sumber-sumber air demi kepentingan anak cucu kita di masa hadapan,” titah baginda.

Projek pembinaan LRA Kampung Senawar telah dimulakan pada Ogos 2014 dan siap pada April 2016 dengan kos bernilai RM46.2 juta.

Yang turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris; Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. – BERNAMA

Tags: bekalan airSultan Nazrin Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd