• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Buru Gelaran Ke-12 Terbuka Malaysia

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Selepas menjuarai Kejohanan Seluruh England buat kali keempat di Birmingham, kelmarin, Datuk Lee Chong Wei kini mahu memberi fokus untuk merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia, bulan depan.

Jaguh perseorangan negera itu berkata kejayaan di Seluruh England itu telah menyuntik semangat untuk dirinya terus menampilkan prestasi terbaik.

“Tumpuan saya selepas ini ialah Terbuka Malaysia dan sebelum itu Terbuka India pula,” kata pemain nombor satu dunia itu sejurus tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Terbuka Malaysia akan berlangsung di Kuching dari 4 hingga 9 April ini manakala Terbuka India di New Delhi, India dari 28 Mac hingga 2 April ini.

Chong Wei berkata Seluruh England sememangnya menjadi salah satu kejohanan pilihan buat dirinya dan kecederaan yang dialami semasa latihan sebelum ke kejohanan itu sedikit mengganggu persediaannya.

Menyentuh mengenai kecederaan buku lalinya itu, katanya, ia belum pulih sepenuhnya dan ia memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

“Untuk persediaan menghadapi Terbuka Malaysia, saya bergantung kepada jurulatih saya untuk menentukan corak latihan dalam tempoh dua minggu ini,” katanya.

Sepanjang karier Chong Wei dalam arena badminton, beliau sebelum ini memenangi Kejohanan Seluruh England pada 2011, 2012 dan 2014.

Chong Wei sebelum ini, pernah menyuarakan hasratnya kemungkinan beraksi di Seluruh England buat kali terakhir pada tahun ini, namun kejayaan kali keempat buat dirinya itu mengubah hala tuju dan mahu untuk terus beraksi di tahun hadapan.

Pemain berusia 34 tahun itu juga berharap beliu dapat mengekalkan prestasi dan mengelakkan kecederaan yang lebih serius dalam usaha beliau untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos depan.

“Saya tidak pernah menang kejuaraan dunia dan ia memberi tekanan kepada saya. Untuk itu saya perlu mengatasi tekanan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd