• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Ketua Pemuda Bahagian, Rakan Dilanjutkan

oleh
13/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Reman ke atas seorang Ketua Pemuda bahagian sebuah parti politik dan rakan wanitanya di sini yang ditahan berhubung dakwaan penipuan penawaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), dilanjutkan dua hari lagi.

Lanjutan perintah reman kali kedua itu yang bermula hari ini hingga esok, dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri, berikutan permohonan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Ini bagi membolehkan siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya yang berusia 43 dan 41 tahun ditahan polis ketika dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, di sini kira-kira 5 petang pada 7 Mac.

Berikutan penahanan itu, kedua-duanya dibawa ke mahkamah keesokan harinya dan direman selama tiga hari bermula 8 Mac hingga 10 Mac, sebelum disambung hingga 11 Mac.

Mereka kemudian diserahkan kepada IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan kes sama pada hari berikutnya (12 Mac).

Menurut polis, kedua-dua terlibat dalam kes penipuan urusan mendapatkan rumah RMMJ terhadap empat orang mangsa hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM120,000.

Kesemua mangsa telah membuat laporan polis. – BERNAMA

Tags: rasuahRMMJSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd