• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Malu Buat Laporan Kes Jenayah Seksual

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap malu mangsa jenayah seksual terutama kanak-kanak yang tidak membuat laporan polis, menyebabkan pelakunya gagal diseret ke muka pengadilan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata perkara itu membimbangkan namun tiada apa yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengambil tindakan dan seterusnya mendakwa pesalah jenayah seksual.

“Ramai yang malu dan tidak tampil buat laporan polis. Bila malu dan tidak ada laporan, tidak ada apa yang kita boleh buat. Ini yang saya risau, sebab apa yang kita dapat hanya sikit sahaja (bilangan kes),” katanya kepada pemberita.

Rohani menjadi moderator Perbincangan Panel II: Memahami Jenayah Seksual Kanak-Kanak – Perspektif Antarabangsa pada seminar dua hari mengenai Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan! di sini hari ini.

Program itu diadakan oleh kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pendidikan seksual secara keseluruhan.

“Kita turun padang dan beritahu masyarakat untuk ke hadapan buat laporan polis. Melalui program ‘Pekerti’, kita memberi didikan kepada kanak-kanak supaya mereka berani berkongsi maklumat sekiranya terlibat dalam jenayah seksual,” kata Rohani.

Beliau juga berkata pendidikan seks perlu ditekankan sejak awal lagi supaya kanak-kanak mengetahui bentuk gangguan dan sentuhan seksual.

“Kita tak nak pelaku beri mesej kepada kanak-kanak yang ini (perbuatan seksual) tak ada salah pun, ini adalah keseronokan. Ini perlu dihalang,” katanya.

Sementara itu Pegawai Siasatan Kanak-Kanak Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DSP E. Saroja berkata antara cabaran yang dihadapi pihaknya ialah untuk mendapatkan maklumat daripada mangsa kanak-kanak kerana mereka terlalu muda dan tidak memahami soalan yang diajukan kepada mereka.

“Untuk mengatasi masalah ini polis perlu menggunakan pelbagai teknik untuk menghampiri mereka bagi membuatkan mangsa selesa dengan kami (polis) antaranya hadir tanpa pakaian seragam dan gunakan pakar kaunseling sedia ada,” katanya.

Dalam hal berkaitan, Saroja berkata sehingga 2016, sebanyak 7,862 kes seksual melibatkan kanak-kanak dilaporkan meliputi kes rogol, sumbang mahram dan seks luar tabii.

Sebanyak 89 peratus pelaku jenayah berkenaan adalah dikenali oleh mangsa, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd