• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Sekolah Di Perak Dijangkiti ILI Meningkat

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 27 lagi pelajar dikesan menghidap penyakit seperti influenza (ILI), menjadikan jumlah keseluruhan pelajar di Perak dijangkiti virus itu meningkat kepada 465 orang berbanding 438 orang semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Perak, kes baharu yang direkodkan membabitkan 25 pelajar dari Sekolah Izzuddin Shah, di sini.

Pelajar dari Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah yang dijangkiti virus itu pula meningkat kepada 226 orang; 115 pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR); tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Klebang Jaya, 83 pelajar dari Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan dan 13 pelajar di Kolej Vokasional Slim River.

Daripada jumlah itu, seramai 14 pelajar lagi diasingkan di sekolah masing-masing, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang diasingkan 287 orang.

Menurut kenyataan itu, tiada lagi pelajar yang diasingkan di wad manakala selebihnya berada di rumah masing-masing.

Sebanyak empat sampel pula didapati positif Influenza A (H3) dan sembilan sampel positif Influenza B.

Sementara itu, di Teluk Intan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional negeri Datuk Dr Mah Hang Soon menegaskan tiada pelajar di Perak yang menghidapi jangkitan penyakit H1N1.

Sebaliknya mereka yang dikesan menghidap gejala penyakit ILI itu sebahagian daripadanya didapati menghidap Influenza A (H3) atau selesema bermusim, dan sebahagiannya menghidap Influenza B, katanya.

“Setakat ini, memang tiada laporan pelajar menghidapi penyakit H1N1. Saya memberi jaminan kita bersikap telus dan terbuka dalam hal sebegini.

“Kes sebegini hanyalah selesema bermusim. Cumanya kita hairan bagaimana begitu ramai yang dijangkiti. Maksudnya ia (virus) senang merebak dan dijangkiti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan sebuah mesin Echocardiogram yang bernilai kira-kira RM300,000 untuk kegunaan Pusat Perubatan Anson Bay di hospital swasta Teluk Intan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dengan laporan palsu yang tersebar di media sosial kononnya berlaku penularan virus H1N1 di negeri ini. – BERNAMA

Tags: ILI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Tanda Mutasi Pada Virus Influenza – KKM

31/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat sedikit peningkatan kes influenza like illness (ILI) dan kadar kemasukan ke...

Kes ILI: Pelajar Diisolasi Di Rumah Semasa Cuti Sekolah

17/03/2017
0

IPOH - Pelajar yang belum pulih daripada gejala penyakit seperti influenza (ILI) akan dibenarkan pulang dan diisolasi di rumah masing-masing,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd