• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peng Soon, Liu Ying Tewas Di Final All England

oleh Ahmad Albab
12/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying tewas kepada pasangan China pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham hari ini.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menewaskan Lu Kai-Huang Yaqiong 21-18 pada set pertama sebelum kalah pada dua set seterusnya, 19-21 dan 16-21 dalam pertarungan selama sejam 26 minit yang disiarkan secara langsung oleh Astro Supersport malam ini.

Liu Ying yang baharu sembuh daripada kecederaan lutut tetap memberikan aksi membanggakan walaupun terpaksa akur dengan ketangkasan lawan pada set terakhir pada final itu.

Untuk rekod pertemuan, Peng Soon dan Liu Ying masih belum dapat mengatasi lawan mereka itu bermula di Terbuka Korea dan Terbuka Perancis pada 2015 dan Terbuka Australia tahun lepas.

Sebelum ini, Peng Soon dan Liu Ying sekadar menamatkan cabaran mereka di pusingan separuh akhir All England pada 2012 ketika tewas kepada pasangan Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir dari Indonesia pada 2012. – BERNAMA

Tags: Chan Peng SoonGoh Liu Ying
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liu Ying, Khairul Anuar Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Tokyo

04/05/2021
0

BUAT pertama kalinya Malaysia akan menampilkan dua pembawa bendera di Sukan Olimpik yang dijadualkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos...

Masa Sesuai, Situasi Menang-Menang Keluar BAM

26/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Pemain beregu campuran negara Chan Peng Soon berkata sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk beliau dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd