• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kids News Perkasa Konvensyen Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Alhijrah Frenz, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA 1989 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meluluskan Konvensyen Hak Kanak-Kanak dengan menetapkan hak-hak sivil, politik, ekonomi, sosial, dan kulural kanak-kanak.

Sejak itu, kanak-kanak bukan lagi berada dalam lingkungan pasif sebagai warga dunia.

Pelaksanaan konvensyen ini diawasi Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB.

Bagi 10 juta kanak-kanak di negara ini, nikmat konvensyen ini diperteguhkan sejak hari pertama pelaksanaannya pada 4 November 28 tahun lalu.

Kids News Perkasa Konvensyen Kanak-Kanak

“Cuma pemerkasaan konvensyen ini perlu diperteguhkan sesuai dengan period menuju tiga dekad,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Justeru katanya, mewujudkan hak informasi eksklusif untuk kanak-kanak adalah paradigma terbaharu dalam menjadikan iltizam konvensyen ini lebih bermakna.

Sebagai sokongan berterusan kepada kanak-kanak, mulai 31 Mac ini, TV AlHijrah akan melancarkan Kids News, program berita kanak-kanak eksklusif untuk 10 juta warga negara ini yang berusia antara 5 hingga 12 tahun serta lingkungan kanak-kanak dalam takrif konvensyen yang ditanda tangani 193 negara.

Kids News Perkasa Konvensyen Kanak-Kanak

“Ia program berita yang menjadikan kanak-kanak memiliki struktur informasi tersendiri.

Aliran berita yang prominan untuk pembangunan sahsiah dalam pelbagai isu yang penting bagi pembangunan minda anak-anak kita,” kata Izelan.

Sidang media pelancaran Kids News akan diadakan pada 30 Mac di TV AlHijrah Kuala Lumpur.

Dengan format 15 minit sehari, pelbagai kandungan informasi berkaitan pendidikan sains dan teknologi, moral, pendidikan agama, sukan, hiburan Islamik dan seni akan menjadi tema pemberitaan.

Pada masa ini TV AlHijrah agresif menjalankan audisi mencari bakat pembaca dan wartawan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Bagi yang berminat, sila hubungi 019 2532968 atau 01121868411. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakpembaca beritatvalhijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd