• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ben Nathan Semakin Pulih, Sedia Bertemu Peminat

oleh Ahmad Albab
12/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ben Nathan, penyanyi era 80-an yang popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati, kini bersedia untuk kembali bertemu peminatnya.

Perkara itu disahkan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave, individu yang bertanggungjawab membawa penyanyi tersebut menjalani rawatan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

DJ Dave berkata Ben Nathan kini lebih bersemangat walaupun masih menerima rawatan dan beliau memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk membantunya kembali pulih.

“Dia sudah pulih 80 peratus dan masih menjalani rawatan di hospital dan di wad pun dia sangat aktif serta berkelakuan baik.

“Apa yang orang ramai cakap negatif mengenainya adalah tidak betul, saya ingin jelaskan lagi sekali yang dia bukanlah penagih dadah, dia bersih dan saya percaya dia sama seperti dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini hari ini.

DJ Dave berkata YA1M akan menganjurkan Konsert Kasih & Harapan Ben Nathan bagi menghargai sokongan peminat artis tersebut.

“Itu merupakan fasa kedua yang akan dilaksanakan YA1M selepas beliau betul-betul sihat dan sudah bersedia menghiburkan peminat setianya,” katanya.

YA1M turut akan membawa Ben Nathan ke Jakarta, Indonesia bagi menunaikan impiannya merakam kembali lagu hit beliau dan lagu baharu.

Sementara itu, Ben Nathan yang turut menjadi tetamu rancangan itu melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan dan berterima kasih kepada rakan karibnya itu serta kakitangan HKL.

“Bila saya buat persembahan hari ini saya rasa puas, semua rawatan dan khidmat yang diberikan pihak hospital saya ikut bagi memastikan saya bersedia untuk kemunculan semula nanti,” katanya.

Awal tahun ini, video mengenai Ben Nathan tular di laman sosial Facebook memaparkan penyanyi itu merayau-rayau tanpa tujuan di ibu negara. – BERNAMA

Tags: Ben NathanDJ Dave
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saleem Penyanyi Unik, Sukar Dicari Ganti

14/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Pemergian Allahyarham Saleem satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air kerana beliau adalah seorang penyanyi yang...

Siri Plat Kenderaan Khas A1M Bantu Artis Tempatan

06/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Demi mengumpul dana bagi membantu insan seni yang di dalam kesusahan, Yayasan Artis 1Malaysia (YAIM) mengeluarkan siri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd