• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Buat Kecoh Di Pavilion Malaysia Pada RIBF Ditahan

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Seorang lelaki Arab yang menimbulkan kekecohan ketika persembahan zapin dan ghazal di Riyadh International Book Fair (RIBF) 2017 pada Khamis, telah ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Penyelaras Pavilion Malaysia, Mohd. Khair Ngadiron berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh pegawai Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi.

“Lelaki itu ditahan semalam (Jumaat) dan kini disiasat sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Khair berkata pegawai kementerian berkenaan tidak memberi maklumat lanjut seperti lokasi penahanan itu.

Mohd Khair, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), berkata pihak penganjur RIBF akan menghantar surat permohonan maaf rasmi kepada Kedutaan Malaysia di sini.

“Mereka menyokong penuh penyertaan Malaysia dalam pesta buku ini dan mahukan persembahan zapin dan ghazal diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 malam waktu tempatan itu, seorang lelaki bertindak menceroboh Pavilion Malaysia lalu merampas mikrofon dan alat muzik sebelum mencampaknya ke lantai ketika persembahan 12 pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor.

Tindakannya dibantah pengunjung lain yang memenuhi pavilion berkenaan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan itu.

Malaysia diundang sebagai Negara Tetamu Kehormat pada RIBF 2017 dari 8 hingga 17 Mac.

Persembahan zapin serta ghazal dibawa bagi memeriahkan Pavilion Malaysia di RIBF atas permintaan Arab Saudi yang melihat seni sebagai satu cabang ilmu yang menyokong pertumbuhan tamadun manusia. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiPavilion
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd