• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Dahi

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dahi di sebuah rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9 Cheras di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Othman Nanyan berkata mangsa yang berumur 39 tahun ditemui terbaring di tingkat tiga rumah itu kir-kira 3 pagi.

Siasatan polis mendapati sebelum itu mangsa tiba di rumah tersebut kira-kira tengah malam untuk berbincang bersama 11 individu lain termasuk pemilik rumah berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya rakan mangsa melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan di tingkat atas rumah itu dan kemudian mendapati mangsa terbaring berlumuran darah dengan kesan tembakan di kepala bersama sepucuk revolver di tangannya.

“Hasil siasatan pasukan forensik polis Selangor dan Pakar Forensik Patologi Hospital Serdang mengesahkan terdapat keraguan dalam kematian si mati yang dikatakan membunuh diri,” katanya.

Othman berkata berkata berikutan kejadian itu, 11 lelaki yang berada di rumah itu kini ditahan bagi membantu siasatan termasuk diminta menjalani ujian sisa tembakan pihak forensik.

Menurutnya polis turut menahan dua wanita iaitu isteri kepada pemilik rumah berkenaan dan pembantu rumahnya bagi siasatan lanjut.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia di antara 30 hingga 59 tahun manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya.

Othman berkata polis turut merampas pistol berkenaan dan dihantar ke pasukan forensik untuk ujian balistik.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian,’ katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd