• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Jamin Tiada Penggunaan Jari Palsu Pada PRU

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan membiarkan jari palsu digunakan pihak tertentu bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah turut memberi jaminan proses pilihan raya yang dikendalikan SPR adalah bersih, telus dan bebas daripada sebarang penipuan dan penyelewengan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu hari ini berikutan dakwaan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bahawa jari palsu telah diimport dari China oleh pihak tertentu untuk digunakan bagi tujuan penipuan dalam pilihan raya akan datang demi mengekalkan pemerintahan sedia ada.

Di samping itu, tular yang tersebar di media sosial ialah mengenai imej gambar jari palsu dan botol dakwat pilihan raya yang telah dikenal pasti sumbernya, kata beliau.

“SPR akan memastikan tiada sebarang penipuan atau penyelewengan berlaku dalam proses pilihan raya itu.

“Sebarang cubaan penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di Malaysia ini akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Mohd Hashim berkata SPR memandang serius dakwaan serta penularan mesej itu, dan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

Katanya SPR telah mengenal pasti bahawa sumber imej tersebut diambil daripada internet yang tersebar di sebuah negara jiran.

Menurutnya, sumber asal imej tersebut disyaki dipetik daripada laman akikofujita.com yang menyiarkan artikel tulisan Shintaro Hasyahi yang bertajuk ‘Prosthetic Fingers Help Reform Former Yakuza Members’ yang disiarkan pada 16 Disember 2013.

Imej tersebut kemudiannya digunakan oleh pihak tertentu di Indonesia yang kononnya akan digunakan dalam Pilihan Raya Serentak Indonesia 2017 yang sedang berlangsung dan ditularkan, katanya.

Mohd Hashim berkata imej itu turut digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di negara ini dan menyebarkannya melalui aplikasi media sosial bagi menimbulkan kebimbangan dan persepsi negatif.

Malah ada yang membuat dakwaan bahawa ia telah memasuki pasaran negara ini untuk digunakan dalam pilihan raya umum akan datang untuk memenangkan pihak tertentu, katanya.

Mohd Hashim menegaskan SPR akan mengambil langkah yang lebih ketat dengan memeriksa jari setiap pengundi secara lebih teliti bagi memastikan tiada elemen penipuan dan cubaan mensabotaj sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau berkata dalam setiap pengundian semasa pilihan raya, petugas SPR akan memeriksa jari-jari pengundi terlebih dahulu bagi memastikan tiada kesan dakwat atau minyak pada jari pengundi atau sama ada mereka memakai jari palsu sebagaimana yang ditularkan itu.

“Setelah dipastikan barulah jari pengundi tersebut dicelup dengan dakwat pilihan raya dan diberikan kertas undi,” katanya.

Mohd Hashim juga menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang dengan perkara tersebut dan memberi sepenuh keyakinan serta kepercayaan kepada SPR untuk mengendalikan proses pilihan raya dengan adil dan telus.

“Orang ramai juga diminta berhati-hati, tidak mudah terpedaya atau mudah mempercayai sebarang mesej tular dan dakwaan yang tidak sahih bertujuan menimbulkan kebimbangan selain meragui kewibawaan SPR,” katanya. – BERNAMA

Tags: jari palsupiluhan raya umumSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd