• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: MU Mahu Bangkit Menentang Pahang

oleh Ahmad Albab
10/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Enggan dihantui kekalahan ketika menentang Kedah sebelum ini, pengendali Melaka United, Eric Williams menggesa semua pemainnya memberi sepenuh tumpuan pada pertemuan menentang Pahang dalam saingan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan esok.

Williams berkata beliau mahu anak didiknya memandang ke hadapan dengan memberikan aksi terbaik bagi mencipta kemenangan.

“Semua pemain perlu kekal fokus dan saya yakin kita boleh dapatkan satu keputusan positif, seterusnya menebus kekalahan ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super bulan lepas.

“Justeru semua pemain perlu tahu tugas masing-masing dan mendengar arahan (jurulatih) bagi mencari keputusan cemerlang,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Hang Tuah di sini malam tadi.

Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengetuai kemaraan 14 pasukan ke pusingan ketiga Piala FA selepas berakhirnya perlawanan pusingan kedua pada 14 Feb lepas.

Sementara itu Williams berkata pemainnya tidak berada pada tahap kecergasan yang tinggi ekoran jadual perlawanan yang padat.

“Jadual perlawanan yang padat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pasukan apabila ada pemain yang mengalami kecederaan. Kapten yang juga penyerang utama, Ilija Spasojevic dan pertahanan import dari Korea Selatan, Jeon Woo-young belum pasti sama ada dapat diturunkan,” katanya.

Beliau berkata Melaka United perlu kembali bangkit dengan mempertingkatkan kualiti permainan dan beraksi lebih cemerlang untuk mencipta kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan dalam Piala FA musim ini.

Melaka United diramal menghadapi saingan getir pada aksi menentang Pahang nanti.

Sementara itu ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata kemenangan ke atas Melaka United mampu memulihkan kembali semangat dan moral para pemainnya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd