• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak Kedai Serbaneka Pakai Kostum Ikan Jerung

oleh AK-47
10/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH kedai serbaneka dalam stesen minyak syarikat BP di Canterbury, New Zealand dirompak oleh seorang lelaki yang tampil dengan memakai kostum ikan jerung.

Memetik laman berita antarabangsa Metro UK, kejadian pelik itu berlaku pukul 2.20 pagi pada 7 Mac lalu.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam kedai serbaneka itu, suspek lelaki memakai kostum ikan jerung berwarna biru dan menutup muka dengan sehelai kain berwarna hitam bersenjatakan tukul.

Suspek yang tidak didedahkan identitinya itu tidak berseorangan ketika melakukan rompakan itu tetapi bersama seorang lagi rakan subahatnya yang bersenjatakan pisau.

Bagaimanapun mereka tidak mengenakan kostum sedemikian sebaliknya tampil bersahaja dengan berseluar pendek, hud kepala dan memakai bandana.

Suspek lelaki itu bertindak memecahkan rak kaca sehingga mengejutkan pekerja serbaneka menyebabkan staf tersebut melarikan diri menyorok di dalam bilik pekerja bersama rakan sekerjanya yang sedang berehat.

Pasangan perompak itu difahamkan melarikan sejumlah barangan makanan daripada pelbagai jenis yang terdapat di dalam kedai tersebut.

Susulan kejadian itu, pihak polis tempatan dihubungi untuk memeriksa kawasan terbabit namun gagal mengesan kelibat suspek. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ikan jerungkostumperompakRompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd