• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Zaidatul Tepat Pada Masa – Marina

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan Zaidatul Husniah Zulkifli memadam rekod 100 meter milik ratu pecut negara G. Shanti sejak 1993 di Kejohanan ASA Speed Series 2 di Afrika Selatan awal hari ini, membawa perkhabaran gembira serta tepat pada masanya.

Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin berkata pencapaian Zaidatul Husniah mendapat pingat perak acara 100m dengan catatan 11.45s itu sudah lama ditagih kontinjen negara.

“Apa yang dilakukan oleh Zaidatul adalah tepat pada masa di mana kita bakal menghadapi Sukan SEA dan itu memberi keyakinan buat semua atlet terutamanya bagi atlet olahraga negara.

“Sudah lama kita tidak ada pelari pecut wanita yang mampu melakukan catatan di bawah 12 saat tetapi sekarang ini kita sudah ada Zaidatul, Siti Fatimah (Mohamad) dan S. Komalam Shally,” katanya kepada pemberita selepas melawat sesi latihan skuad gimrama negara di Gimnasium 1, Bukit Jalil, hari ini.

Marina juga menyifatkan kejayaan itu merupakan kemajuan yang baik dan situasi yang bagus untuk Malaysia serta berharap ia akan terus menjadi motivasi untuk semua atlet.

“Saya yakin dan percaya dengan program latihan yang sedia ada dan jarak latihan lima bulan sebelum pertandingan membolehkan semua atlet mencipta dan menunjukkan prestasi yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai skuad gimrama negara, Marina berkata sukan itu menjadi harapan yang besar bagi kontinjen negara meraih pingat emas dalam misi untuk menjadi juara keseluruhan Sukan SEA kali ini.

“Melihat kepada semangat dari atlet dan jurulatih skuad gimrama, saya juga yakin mereka boleh menjanjikan sesuatu,” katanya yang enggan mengulas lanjut sasaran pingat bagi skuad gimrama.

Dalam pada itu, atlet gimrama kebangsaan, Amy Kwan Dict Weng mahu menebus kegagalan beraksi di Sukan SEA edisi lalu di Singapura kerana kecederaan dengan menyumbang pingat buat negara.

“Jika dipilih untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA nanti, saya akan berusaha untuk meraih pingat dan memberi persembahan yang terbaik.

“Dari segi tekanan itu memang ada tetapi sebagai atlet, saya dan semua rakan sepasukan perlu menyerap segala tekanan itu dan teruskan berjuang untuk negara,” kata atlet yang berusia 22 tahun itu.

Hanya 10 daripada 15 atlet yang sedang giat berlatih akan dipilih untuk mewakili negara di Sukan SEA yang mempunyai dua kategori iaitu acara individu dan berpasukan. – BERNAMA

Tags: Olahraga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun

08/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd