• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Perkenal Kereta Elektrik Canggih

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura hari ini secara rasminya memperkenalkan kereta elektrik yang canggih dari segi teknologi, Vanda Dendrobium di Pertunjukan Kereta Geneva.

Menurut carmagazine.co.uk, ia telah membuat pratonton awal Vanda Dendrobium di syarikat Williams Advanced Engineering di United Kingdom, cabang perundingan pasukan F1.

Ia ditugaskan dengan kejuruteraan dan pembinaan kereta pertunjukan itu bagi pihak penciptanya, Vanda Electrics, syarikat berpangkalan di Singapura yang ditubuhkan pada 2016, yang tidak pernah menghasilkan kereta sebelum ini, atau tidak mempunyai rancangan untuk menjadi pengeluar automotif secara besar-besaran.

Perkara paling hampir kepada siri pengeluaran kenderaan dalam portfolio semasa ialah skuter elektrik kecil, Motochimp, yang dijual di Jepun pada musim panas 2017 serta kenderaan elektrik satu tan, Ant Truck, yang akan dikeluarkan sebelum 2018, kata majalah tersebut.

Laman web itu berkata, Vanda Dendrobium dirancang bagi mencetuskan minat dan kesedaran dalam jenama berkenaan.

Kereta kedua akan dikeluarkan jika Dendrobium berjaya, katanya.

Singapura Perkenal Kereta Elektrik Canggih

“Kami sedang memutuskan sama ada akan mengeluarkan kereta itu sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vanda Electric, Larissa Tan dipetik sebagai berkata dalam laman web tersebut.

“Kita merancang untuk berbuat demikian, tetapi reaksi di Geneva akan menjadi kunci. Jika reaksinya baik, kereta itu akan dikeluarkan dalam berpuluh dan bukannya beratus.”

Laman web itu berkata, jika Vanda Dendrobium diputuskan untuk pengeluaran, Williams Advanced Engineering kemungkinan besar akan menjadi rakan kongsi pembinaan.

Mengenai potensi kos pengeluaran kereta berkenaan, CAR menulis, “kita boleh menjangka versi pengeluaran akan mencatat ‘tanda harga tujuh angka’.”

Dendrobium adalah spesies orkid yang berasal dari Singapura di mana sebahagian besar daripada reka bentuk konsep diilhamkan oleh alam semula jadi, dengan sarang lebah mencorakkan tema berulang, kata laman web itu.

Jika Vanda Dendrobium dijual, bilakah ia akan berada di atas jalan, Tan dilaporkan berkata: “Kami sedang menunggu teknologi yang sesuai dengan reka bentuk dan masa yang tepat. Kami selah memutuskan yang sekarang adalah masa yang tepat untuk merealisasikannya.”

Reka bentuk penting kereta itu telah wujud sebagai projek konsep sejak pertengahan 1990-an dan diubah suai lagi pada pertengahan 2000-an.

Laman web itu berkata, Williams Advanced Engineering menerima lakaran awal daripada Vanda Electrics pada Disember 2015 dan memulakan kerja pada awal tahun berikutnya. – BERNAMA

Tags: kereta elektrikSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd