• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gosip Cinta Azrinaz Itu Fitnah – Fattah Amin

oleh AK-47
09/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Fattah Amin menyifatkan dakwaan dia bercinta dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim sebagai satu fitnah dan tidak masuk akal.

Sebuah portal hiburan melaporkan Fattah terkilan dengan isu berkenaan dan mengambil tindakan berdiam diri pada awalnya bagi mengelakkan perkara itu menjadi semakin besar.

“Perkara ini tidak benar dan tidak pernah berlaku. Bagi saya ini satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial.

“Saya cuba berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita ini tidak berasas dan semakin berleluasa,” katanya yang tampil memberikan penjelasan bagi memperbetulkan keadaan.

Baca: Azrinaz Mazhar Hakim Kekasih Baru Fattah Amin?

Pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini memohon semua pihak untuk tidak memanjangkan isu berkenaan kerana ianya adalah fitnah semata-mata.

Jelasnya, penyebaran berita yang tidak benar ini akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri.

Fattah menjelaskan kehadiran Azrinaz ke kafe miliknya iaitu Stalker Cafe yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya adalah sebagai pelanggan bersama rakan-rakannya yang lain.

Gosip Cinta Azrinaz Itu Fitnah - Fattah Amin

Jelasnya gambar bersama Azrinaz yang dimuat naik oleh bekas personaliti televisyen itu di Instagram bukan suatu isu kerana ia tidak membawa maksud mereka sedang berkawan rapat.

“Azrinaz datang bersama kawan-kawannya dan yang lain juga memuat naik gambar saya bersama mereka dan persoalannya kenapa ada isu dan tuduhan terhadap saya dan dia.

“Ini adalah benda biasa yang peminat-peminat saya sering lakukan sebelum ini dan mungkin kerana Azrinaz adalah selebriti dan itu yang dijadikan bahan bualan sehingga jadi fitnah,” katanya.

Menurutnya, dia dan Azrinaz mungkin dijadikan sasaran kerana faktor mereka berdua masih solo.

Hubungan mereka dikatakan rapat selepas Azrinaz menerusi Instagram miliknya kira-kira dua minggu lalu memuat naik gambarnya bersama Fattah.

Dalam status di Instagram itu Azrinaz menulis: “I nak tidur tapi dia ajak minum supper sebab malam minggu katanya. Sekali sekala oklah.”

Foto itu bagaimanapun menerima kritikan ramai khususnya peminat Fattah yang antara lain mengatakan mereka pasangan yang tidak sesuai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azrinaz Mazhar HakimbercintaFattah AminGosip Artis Tempatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd