• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tahan Lelaki Miliki Pistol Bentuk Pen

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun selepas menemui sepucuk pistol berbentuk pen dalam satu pemeriksaan di rumah suspek berkenaan di Jalan Kuala Krai di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail berkata dalam serbuan kira-kira 10.30 pagi itu, pihaknya turut menemui tiga butir peluru .22 mm serta satu tin bom asap yang disembunyikan di dalam beg pinggang di sebuah bilik di rumah suspek.

“Kami akan menyiasat apakah tujuan dan kegunaan pistol berbentuk pen itu kepada suspek kerana senjata itu dikatakan mampu membunuh dalam jarak dekat.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku meminjam pistol berbentuk pen itu daripada rakannya yang tinggal di Kampung Simpangan, Tumpat,” katanya pada
sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata suspek itu, dari Wakaf Bharu, Tumpat, dibebaskan daripada penjara kira-kira sebulan lepas dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah, pemerasan dan memiliki senjata api.

Beliau berkata suspek direman empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rahman berkata pihaknya menahan sembilan lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 30 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun berkaitan kes samun di Tanah Merah Isnin lepas.

Beliau berkata mereka ditahan di Pengkalan Haram Gergaji, Pasir Mas pada pukul 2.30 petang ketika mahu menyeberang ke negara jiran untuk menyembunyikan diri.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, lapan daripada suspek berkenaan dikatakan menyamun sekumpulan enam lelaki yang sedang berbual di belakang sebuah rumah di Kampung Jelatok, Tanah Merah.

“Pengadu memberitahu ketika disamun, seorang suspek dilihat menyeluk sesuatu di dalam beg sandang seolah-olah memegang pistol sebelum pengadu, yang ketakutan menyerahkan wang sebanyak RM80,000 serta barangan kemas kepada suspek. Dia turut dipukul,” katanya.

Ab Rahman berkata hasil maklumat, polis terus menjejaki suspek-suspek berkenaan berdasarkan nombor kenderaan dan dapat menahan mereka di Pasir Mas ketika mahu menyeberang ke negara jiran.

“Wanita berusia 26 tahun itu berasal dari Besut, Terengganu dan kanak-kanak lelaki itu adalah anaknya. Dia merupakan isteri seorang suspek.

“Turut ditemui bersama suspek adalah wang tunai berjumlah RM19,300 dan barangan kemas serta tiga kenderaan,” katanya.

Beliau berkata susulan tangkapan itu, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 30-an di hadapan sebuah kedai bunga di Pasir Hor pada 6.30 petang hari yang sama.

“Suspek itu merupakan sepupu kepada lelaki yang memiliki pistol berbentuk pen itu,”katanya.

Kesemua suspek itu direman seminggu bermula semalam hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun yang mendatangkan kecederaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. – BERNAMA

Tags: Pistol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd