• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah

oleh AK-47
08/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JENAMA sukan terkenal Nike bakal mengeluarkan hijab khas buat atlet wanita Muslim.

Hijab yang diberi nama “Nike Pro Hijab” itu mempunyai rekaan sarungan selapis yang diperbuat daripada fabrik poliester ringan dan didatangkan dalam rona gelap dan neutral.

Lubang-lubang kecil pada fabrik tersebut akan menjadikannya berangin namun masih kekal legap, yang merupakan satu ciri penting bagi wanita yang memakai hijab.

Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah

Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah

Menurut Nike, mereka mula menghasilkan hijab itu selepas beberapa orang atlet wanita Muslim mengadu kerana terpaksa memakai hijab tradisional semasa pertandingan.

Proses rekaan mengambil masa 13 bulan dan produk akhir itu akan mula dijual dalam koleksi musim bunga 2018 syarikat tersebut.

Kata Nike lagi, hijab berkenaan sebenarnya sudah pun dipakai oleh atlet luncur ais Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Zahra Lari.

Nike Perkenal Hijab Untuk Atlet Muslimah
Atlet luncur ais Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Zahra Lari mencuba Nike Pro Hijab di gelanggang meluncur.

“Saya amat teruja dan sedikit terharu apabila melihat Nike mewujudkan prototaip hijab tersebut,” kata Zahra menerusi satu kenyataan rasmi.

“Saya telah mencuba pelbagai jenis hijab semasa pertandingan dan hanya beberapa yang benar-benar dapat membantu persembahan saya.

“Tetapi apabila saya memakai hijab ini dan mencubanya di gelanggang meluncur, saya teruja dengan muatannya dan fabriknya yang begitu ringan.”

Pengenalan hijab ini muncul cuma beberapa minggu selepas sebuah iklan Nike telah mencetuskan kontroversi di rantau Timur Tengah.

Iklan tersebut menonjolkan lima orang atlet wanita profesional yang berasal daripada kawasan-kawasan berbeza di Dunia Arab yang ingin mencapat cita-cita kesukanan mereka sambil diiringi oleh satu suara yang berkata, “Apa yang akan mereka katakan terhadap anda?”

Soalan itu hanyalah satu soalan retorikal yang dihadapi oleh kebanyakan wanita Arab jika mereka cuba ‘keluar’ daripada kebiasaan budaya dan tradisi keturunan mereka.

Video tersebut tular di laman sosial dan ditonton lebih sejuta kali, di samping mencetuskan perdebatan berkenaan mesej yang hendak disampaikan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: atletmuslimahNike
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Ayuh Ke Gatti Mega Sales Sports Expo

Ayuh Ke Gatti Mega Sales Sports Expo

13/09/2022
0

Nak beli barangan sukan, tapi nak jimat? Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli pelbagai barangan sukan pada harga yang tak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd