• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perintah Larangan Terkini Trump, Iraq Terselamat

oleh
07/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani larangan perjalanan yang telah disemak semula ke atas enam negara majoriti Islam daripada memasuki AS.

Tiga negara di benua Afrika iaitu Somalia, Sudan dan Libya kekal dalam senarai dan larangan itu dijangka berkuatkuasa selepas 10 hari.

Terdahulu, larangan perjalanan untuk tujuh negara ditolak hakim persekutuan menyebabkan pentadbiran Trump menyemak semula perintah larangan perjalanan.

Tempoh 10 hari itu dikatakan sesuai untuk mengelakkan keadaan hura-hura di lapangan terbang AS selepas larangan pertama berkuatkuasa.

Larangan perjalanan disemak semula menyaksikan Iraq dikeluarkan daripada senarai.

Selain tiga negara Afrika itu Syria, Yaman dan Iran turut kekal dalam senarai.

Menurut Rumah Putih Trump menandatangani perintah larangan itu secara tertutup pada Isnin pagi. Trump sebelum ini turut menandatangani arahan membekukan visa kepada rakyat Syria, Iran, Libya, Somalia, Yaman dan Sudan.

Perintah larangan itu menggantung kedatangan pelarian untuk sekurang-kurangnya 120 hari.

Semakan semula perintan larangan itu berkuatkuasa pada 16 Mac dan enam negara itu disasarkan AS kerana kemampuan menyaring dan maklumat tidak memenuhi syarat keselamatan AS.

Di bawah perintah larangan sebelum ini sebanyak 60,000 visa telah dibatalkan oleh Jabatan Negara AS dan ratusan pelawat dilaporkan ditahan di lapangan terbang AS. – BERNAMA/NNN/AGENSI

Tags: Amerika Syarikat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd