• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goh Leong San Tak Akan Terima Pujukan DAP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Goh Leong San yang keluar DAP bulan lepas menegaskan tidak akan menerima sebarang pujukan daripada pimpinan DAP atau mana-mana parti lain.

Goh, yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka, berkata beliau sentiasa dengan pendirian sebagai seorang ADUN bebas dan kini hanya memfokuskan kepada perkhidmatan untuk rakyat.

Beliau enggan menyatakan sekiranya ada menerima apa-apa panggilan atau perjumpaan dengan pemimpin DAP bagi tujuan memujuk beliau atau pelawaan untuk menyertai mana-mana parti.

“No komen, saya hanya bekerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.

Pada 12 Februari lepas, Goh bersama ADUN Bachang Lim Jak Wong, ADUN Kesidang Chin Choon Seong dan Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him mengumumkan keluar dari DAP.

Ditanya adakah beliau akan bekerjasama dengan DAP atau Barisan Nasional terutamanya dalam persidangan itu, Goh menjawab: “Itu belum pasti lagi”.

Mengulas adakah beliau akan bertanding semula di DUN Duyong pada Pilihan Raya Umum akan datang, beliau berkata: “belum tentu lagi, masih jauh lagi, masih ada masa lagi,”.

Terdahulu, persidangan itu menyaksikan susunan kedudukan kerusi baharu buat Chin dan Lim, yang diletakkan di bahagian ADUN bebas, manakala Goh kekal di bahagian ADUN bebas kerana telah ditempatkan di bahagian itu sebelum ini.

Tiga ADUN DAP dalam persidangan itu ialah Ketua Pembangkang baharu Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh), Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) dan Lai Keun Ban (Kota Laksamana), selain seorang ADUN PAS iaitu Dr Khalid Kassim (Bukit Baru). – BERNAMA

Tags: DAPGoh Leong San
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd