• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Lu Punya Bos Suruh Angkat Wang Sini” – Suspek

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pengusaha kedai jamu nyaris mengalami kerugian RM400 selepas cubaan seorang lelaki berusia 40-an menipu kakitangannya gagal.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.26 tengah hari semalam di kedai Sifujamu, Batang Kali, Selangor, suspek yang datang menaiki motosikal mendakwa dirinya ingin meminta baki hutang sebanyak RM400 dari kakitangan kedai.

“Saya keluar dari kedai pukul 12.23 tengah hari dan lelaki itu datang selepas tiga minit kemudian. Selepas itu, dia tanya kakitangan di mana ‘bos’ bagi memastikan tiada orang lain di kedai, sebelum meminta nombor telefon saya untuk dihubungi.

"Lu Punya Bos Suruh Angkat Wang Sini" - Suspek

“Tanpa mengesyaki niat lelaki itu, kakitangan saya terus beri business card saya padanya dan lelaki itu terus berpura-pura menghubungi saya,” tulis pemilik kedai Sifujamu di Facebook.

Selepas lelaki terbabit berpura-pura membuat panggilan pada pemilik kedai, dia meminta kertas dan sekali lagi berpura-pura membuat kiraan kononnya pemilik ada buat pintu rumah tetapi baki bayaran masih belum dibayar.

Namun suspek yang dianggarkan berusia 40-an itu tidak menyedari bahawa pemilik kedai tinggal di kedai tersebut menyebabkan kakitangannya mula curiga.

“Dia tulis pada kertas kononnya kos pintu rumah saya RM730 dan saya masih belum bayar baki RM400 lagi selain mendakwa saya yang menyuruhnya datang mengambil baki hutang di kedai.”

Kakitangan Sifujamu menegaskan majikannya tidak meninggalkan sebarang duit untuk dituntut oleh mana-mana pihak, lalu suspek menyarankannya mengambil duit di dalam mesin juruwang.

“Mana ada duit lagi, kedai baru saja buka. Lagi satu, saya punya bos tak ada rumah. Dia tinggal dalam kedai ini saja.”

Mendengar penjelasan kakitangan berkenaan, suspek terus keluar dari kedai dan segera menghidupkan enjin motosikalnya Demak EX5 warna maroon merah dan bergegas meninggalkan kawasan itu.

“Share (kongsi) dan viralkan (tular) uncle ini, cari sampai dapat. Kedai sebelah saya dah kena pau RM800. Harap orang lain berhati-hati,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: gambar viralMencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

Abang ‘Sado’ Ketagih Curi iPhone Pro Max Terperangkap

11/06/2023
0

KULAI: Seorang lelaki berbadan sasa yang menggunakan pelbagai taktik sebelum melarikan iPhone terpakai dari beberapa premis di bandar raya ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd