• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Swafoto Eksklusif PM Dengan Raja Salman Tular

oleh
07/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peluang mengambil swafoto bersama-sama Raja Salman Abdulaziz Al Saud semasa lawatan baginda ke Malaysia dilihat berjaya menonjolkan sisi kemanusiaan Raja Arab Saudi itu.

Ia terbukti apabila gambar itu menerima reaksi positif ramai netizen, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam wawancara eksklusif stesen Al Arabiya bersempena lawatan bersejarah Raja Arab Saudi baru-baru ini.

Beliau malah terperanjat apabila permintaannya untuk mengambil swafoto bersama Penjaga Dua Kota Suci itu diterima ketika baginda julung kali datang ke Malaysia bermula 26 Februari hingga 1 Mac lalu.

“Saya kemudian merakamkannya dan berkata kepada diri sendiri bahawa ini adalah peluang untuk menonjolkan Raja Salman dari sudut baharu kerana hakikatnya baginda merupakan seorang insan yang sangat baik.

“Saya juga ingin menonjolkan sisi kemanusiaan pada diri Raja Salman, suatu aspek tidak terzahir dengan jelas, lebih-lebih lagi apabila perlu sentiasa mematuhi protokol dan perkara lain yang sudah menjadi kebiasaan,” katanya .

Sehingga kini, gambar dimuat naik pada 27 Feruari itu, menerima lebih 20,000 ‘retweet’ dan 7,700 ‘like’ menerusi laman rasmi Twiter Najib, manakala di Facebook pula lebih 26,000 respons positif dan 2,000 perkongsian netizen.

Dalam wawancara yang dikendalikan Pengurus Besar Al Arabiya, Turki Aldakhil mengenai kepimpinan Raja Salman, Najib berkata beliau sebenarnya mengambil risiko apabila memuat naik gambar itu melalui media sosial.

“Tetapi gambar ‘swafoto’ eksklusif tersebut menyebabkan Malaysia dan Arab Saudi menjadi tumpuan luar biasa masyarakat antarabangsa malahan kedua-dua pihak berasa sungguh gembira,” kata Najib.

Sementara itu, menerusi wawancara khas tersebut, Najib turut menyifatkan Penjaga Dua Tanah Haram berkenaan sebagai seorang pemimpin sebuah negara Islam yang amat berkarisma, amat mesra dan amat prihatin.

“Baginda amat kaya dengan ilmu pengetahuan, terutama tentang sejarah serta memiliki hasrat amat dalam ke arah menganjurkan kerjasama. Saya amat menghormati peranan baginda sebagai seorang pemimpin,” kata Najib.

Kali terakhir pemerintah tertinggi Arab Saudi melawat Malaysia ialah pada 2006 lalu menerusi Raja Abdullah ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan 1970 oleh Raja Faisal semasa era Tunku Abdul Rahman Putra.

Malaysia merupakan destinasi pertama untuk siri jelajah Asia oleh Raja Salman yang kemudian meneruskan program lawatan rasmi ke Indonesia, Brunei, China, Jepun dan Maldives. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Arab SaudiRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd