• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Serang Pangkalan AS Di Jepun

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pelancaran empat peluru berpandu oleh Korea Utara, semalam adalah latihan untuk serangan ke atas pangkalan Amerika Syarikat di Jepun, kata agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA, hari ini.

KCNA berkata, pemimpin Kim Jong-un mengawasi latihan itu dan memberi arahan untuk memulakannya.

Sambil memerhati asap daripada peluru berpandu itu, Jong-un memuji unit meriam Hwasong yang mengendalikan pelancaran terbabit, kata KCNA.

“Unit tentera yang terbabit ditugaskan untuk menyerang pangkalan Amerika Syarikat di Jepun di luar jangkaan,” katanya.

Tiga daripada empat peluru berpandu melanda berhampiran Jepun di kawasan perairan yang sebahagian daripada zon eksklusif ekonominya.

Sementara itu, mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincang pelancaran yang diminta oleh Amerika Syarikat dan Jepun dijangka berlangsung Rabu ini.

Semalam, Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu dari Tongchang ke Laut Jepun. Ia mencapai jarak 1,000 kilometer serta ketinggian 260 kilometer, kata jurucakap Ketua Turut Bersama Korea Selatan.

Minggu lalu, Seoul dan Washington turut memulakan latihan ketenteraan bersama tahunan yang sentiasa memarahi Pyongyang.

Pyongyang dilarang menggunakan teknologi peluru berpandu balistik di bawah resolusi PBB.

Namun enam sekatan PBB sejak ujian nuklear pertama pada 2006 gagal menghentikan usaha Korea Utara menghasilkan peluru berpandu yang ia menegaskan diguna sebagai senjata pertahanan. – AFP/myMetro Online

Tags: Korea SelatanKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd